Belajar Sambil Bermain (Permainan Kahoot - Jawi)
29 Februari 2020 | Aktiviti TerkiniPada 28 Febuari 2020, PI Kg Karangan telah mengadakan kelas pembelajaran bahasa atau tulisan Jawi bersama peserta dari sekolah rendah dan menengah selama 2 jam menerusi permainan atas talian iaitu Permainan Kahoot (Kahoot Games). Sesi pembelajaran ini adalah bertujuan untuk mengasah minat pelajar yang mampu membaca bahasa atau tulian jawi supaya lebih mengenal dengan huruf-huruf jawi. Tulisan Jawi mempunyai ciri-ciri tertentu. Terdapat empat ciri utama yang terdapat pada Skrip Jawi iaitu tulisan ini bertindak secara menegak, ligatur, aksara-aksara berbaris atau mempunyai titik. Aksara Jawi mempunyai 36 aksara dimana 30 aksara adalah merupakan aksara yang dipinjam dari Aksara Arab dan Enam Abjad tambahan.
Kahoot adalah platform pembelajaran berasaskan permainan, digunakan sebagai teknologi pendidikan yg sangat kreatif dan menarik. Permainan Kahoot diadakan untuk menarik minat belia yang kurang berminat dengan aktiviti berasaskan kelas latihan. Melalui permainan kahoot, mereka lebih teruja untuk belajar dan seterusnya juga mampu menarik ramai belia mengikuti kelas-kelas yang PI anjurkan. Sesungguhnya belajar sambil bermain itu lebih menyeronokkan!
Kakitangan PI Kg Karangan amat mengalu-alukan kehadiran para pelajar yang berkenaan dan berminat untuk menyertai kelas secara percuma menggunakan kemudahan komputer dan internet di PI Kg Karangan. #ManfaatkanTeknologiDiHujungJari
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: